RAYUAN INFAQ TELAGA AIR ACEH

Dimulakan pada:
30 Apr, 2026
RAYUAN INFAQ TELAGA AIR ACEH
3.17%
RM475
/RM15,000
24
penyumbang
55
baki hari

Tentang Kempen

Sumur atau telaga air adalah solusi jangka panjang membekal air bersih untuk Aceh pasca banjir besar melanda 6 bulan lalu. Ayuh bantu kami untuk infaq seikhlas hati dan raih pahala yang berterusan.

Sebahagian besar mangsa banjir di Aceh masih tinggal di khemah, sama ada khemah dari agensi kerajaan atau pun khemah buatan sendiri.

Selain tempat tinggal, masalah utama mereka ada tiada bekalan air bersih. Antara kampung kami beri sumbangan air bersih adalah Kampung Lintang Bawah di Aceh Tamiang, walaupun ada sungai, tetapi air sungai sangat keroh kerana lumpur dari hulu ketika banjir lalu. Bukan sahaja tidak sesuai untuk minum bahkan cuci kain pun tidak sesuai.

Oleh itu, PERKIM BTP adalah antara NGO Malaysia yang telah memberikan sumbangan air bersih, iaitu setakat ini sebanyak 180,000 liter air bersih yang boleh terus diminum tanpa perlu memasaknya. Kami juga telah beri 30 tong drum untuk isi air.

Namun, beli dan bekal air bersih menelan belanja yang tinggi dan dalam masa 5 hari air dibekalkan habis kerana mangsa banjir terlalu ramai dan bekalan air bersih pula tiada.

Solusi jangka panjang adalah menggali sumur (telaga air) dan memulihkan semula telaga yang sedia ada.

Pihak kami telah mengenal pasti beberapa sumur yang boleh dibaik pulih. Walaupun memakan sedikit kos, tetapi, ini boleh memberi manfaat jangka panjang yang insya-Allah dapat menyelesaikan masalah air bersih iaitu satu sumur untuk 50 rumah atau lebih.

Oleh itu, ayuh bantu kami untuk membina sumur baru dan membaiki sumur sedia ada yang tertimbus kerana lumpur banjir 6 bulan yang lalu. Melalui sumur-sumur ini, kami tidak perlu membeli air dan menyewa lori untuk membekalkan air.

Setitis air dari sumur ini adalah seribu harapan bagi mangsa banjir di sini dan pahala jariah pula untuk anda yang menyumbang.

Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM40.00
May 05, 2026
NOR ASIYAH BINTI MD KADRI
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 05, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
May 04, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
May 04, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
May 04, 2026

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

SEDEKAH QURBAN AFRIKA 2026